SOALAN LAZIM
Dapatkan info tentang pembaruan sijil SSM anda atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Apakah Bizcert?
Bizcert adalah perkhidmatan memperbaharui sijil perniagaan SSM secara online yang sangat cepat & mudah. Selepas permohonan & bayaran dibuat, sijil perniagaan SSM anda akan diperbaharui dan dihantar ke email anda dalam 10 minit sahaja.
Berapa kadar bayaran untuk perbaharui sijil SSM?
Ia bermula dari RM125/setahun. Lebih penjimatan bila anda perbaharui lebih tahun. Setiap pembaharuan sijil SSM, anda dibekalkan dengan maklumat perniagaan, maklumat pemilik & pembaharuan cawangan dengan percuma. Tiada caj lewat pembaharuan dikenakan.
Boleh ke daftar baru perniagaan SSM di Bizcert?
Tidak. Portal ini untuk perbaharui sijil perniagaan SSM sahaja.
Boleh buat tambahan jenis perniagaan & tukar alamat?
Tidak.
Bolehkah saya buat pembaharuan untuk syarikat Sdn. Bhd atau PLT?
Tidak perlu. Syarikat Sdn. Bhd atau PLT tidak perlu diperbaharui.
Bagaimana cara untuk perbaharui sijil perniagaan SSM?
Isi maklumat perniagaan di https://www.bizcert.com.my/renew-ssm-online/ dan buat bayaran pembaharuan sijil SSM secara online. Sijil SSM, maklumat perniagaan & pemilik yang baharu akan dihantar ke email yang dimasukkan di dalam permohonan.
Boleh ke perbaharui sijil SSM yang tamat tempoh lebih dari 1 tahun?
Tidak. Sijil SSM yang tamat tempoh lebih dari 1 tahun telah lupus sepenuhnya dan tidak boleh diperbaharui lagi.
Apakah Maklumat Perniagaan & Pemilik?
Dokumen mengandungi maklumat perniagaan, tarikh luput, maklumat pemilik, rakan kongsi & alamat perniagaan.
Bagaimana untuk membuat bayaran pembaharuan sijil SSM?
Selepas Borang Permohonan di isi, anda akan dibawa ke laman bayaran untuk membuat bayaran secara atas talian (online).
Bagaimana jika pembaharuan tidak berjaya. Adakah bayaran saya dikembalikan (refund)?
Ya. Bayaran anda akan dikembalikan jika permohonan pembaharuan tidak berjaya.